Tuesday, July 31, 2012

Minuman Penawar Madu Kasturi Asma' Karomah Nabi Khidir a.s.




Maharnya : RM49.90 ( 10 ML sekali kos pos )

Pekatan Madu Kasturi Asma' Karomah Nabi Khidir a.s. ini terdiri daripada Madu Tualang Gunung Asli, Pati Kasturi Hitam dari Buntil Kasturi dan Air Zam-zam yang telah diwiridkan dan diisikan kekuatan ayat suci Al-Quran, 7000 kali bacaan Asma' Karomah Ghoibul Nabi Allah Khidir a.s., pengisian solat hajat dan getaran mangkuk kristal sakti yang berdengung. InsyaAllah mampu untuk menyembuhkan :

 1.  Menghindarkan dari terkena penyakit angin Ahmar / Stroke
 2.  Menghilangkan sakit kepala
 3.  Melindungi dari gigitan nyamuk dan lalat
 4.  Darah gemuruh
 5.  Sesak nafas
 6.  Selsema
 7.  Histeria
 8.  Menyejukan badan
 9.  Melembutkan kulit 
10. Melegakan sakit sendi
11. Rawatan luka luar dan dalam

12. Sengatan serangga
13. Merawat organ dalaman yang terganggu akibat dari kesan sihir
14. Menyembuhkan santau dari dalam tubuh
15. Menyucikan dalam tubuh dari sebarang unsur negatif ( sihir, santau dan sengkolo )
16. Menguatkan jiwa dan roh
17. Memulihkan dan menguatkan semangat 
18. Dan banyak lagi khasiat yang terkandung dalam Minuman Penawar ini. InsyaAllah...

Kasturi bukanlah hanya semata-mata digunakan sebagai bahan pewangi tetapi penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah perubatan Ayurveda ( india ) dan barat .Kasturi mampu meredakan penyakit asma, angin medu, selsema, demam, sakit kepala ,histeria, darah gemuruh , luka luaran , pendarahan dalaman dan ulser.Di Bangladesh dan Pakistan mengambil isian kasturi untuk dimakan kerana percaya ia mempunyai khasiat perubatan yang menyembuhkan penyakit luka dalaman.

Dalam bidang perubatan tradisional Cina, kasturi dipercayai mampu mengembalikan kesedaran seseorang yang pitam atau pengsan, melancarkan peredaran darah, merangsang penyingkiran darah haid, mengurangkan kesan bengkak ,penggunaan sebagai minyak urut dan meredakan kesakitan.

Ditambah pula dengan khasiat madu gunung asli yang sudah diketahui umum, dengan izin Allah minuman penawar ini mampu untuk menyembuhkan penyakit badan dan masalah spiritual.InsyaAllah.

Akan disertakan sekali cara guna dan bacaan tertentu untuk mengubati penyakit. Moga-moga disembuhkan Allah segala penyakit yang anda hadapi. InsyaAllah.

Sunday, June 24, 2012

BENARKAH JIN BOLEH DIPANCUNG ATAU DIBUNUH???


Persoalan ini sering bermain di fikiran perawat amatur dan pesakit yang menderita terkena gangguan saka atau sihir yang teruk. Mari kita bincangkan persoalan ini. Allah s.w.t menciptakan Jin dan Manusia itu berpasang-pasangan dan beranak pinak. Bermaksud Jin juga merupakan makhluk Allah yang mempunyai keturunan. Sama sahaja seperti keadaan dan lumrah hidup manusia. Jika sekiranya ada sanak saudara atau keluarga kita dibunuh, apakah tindakan kita kepada si pembunuh??? Lebih-lebih lagi jika melibatkan seseorang yang kita sayangi telah dibunuh oleh orang yang kita tidak kenal. Ketahuilah bahawa jin itu merupakan makhluk yang sangat pendendam. Nabi Muhammad s.a.w juga pernah bersabda bahawa perumpamaan sebaik-baik makhluk jin itu adalah sejahat-jahat manusia. Yakni bermaksud jin yang paling baik pun adalah sifat dan sikapnya manusia yang paling jahat di muka bumi ini. Berkait dengan persoalan jin ini boleh dibunuh atau tidak, jawapannya adalah boleh. Tetapi bergantung kepada kekuatan spiritual dan ghaib seseorang perawat itu sendiri. Ada juga golongan jin yang mempunyai tahap ilmu yang tinggi dan sakti boleh memecahkan diri dan rupa bentuk mereka sampai 9 pecahan. Sama dengan bilangan alam jin itu sendiri. Petua untuk mengetahui kekuatan spiritual perawat cukup mudah. Jika dilihat perawat merawat pesakit yang meracau dan dirasuk itu berkemampuan untuk membunuh jin maka dari awal-awal lagi jin itu tidak akan masuk ke dalam tubuh manusia yang terkena sihir atau gangguan saka kerana tahu dirinya akan binasa. Bayangkanlah jika pesakit yang dirasuki jin merasuk dan siap memaki hamun, meludah, menghina, menendang dan melawan perawat itu sendiri tanpa menunjukkan rasa takut pada perawat. Secara logik akalnya, adakah kekuatan spiritual dan kerohanian perawat ini mampu menangani masalah ini dengan sebaik-baiknya sedangkan jin ini langsung tidak takut kepada perawat dan banyak muslihatnya??? Jikalau boleh jin ini dibunuh sekalipun, persoalan yang harus kita fikirkan adalah, setelah proses pemancungan dan jin itu telah dibunuh. Tidakkah perbuatan ini akan menimbulkan persengketaan antara kita dan keluarga makhluk jin itu sendiri??? Jika makhluk jin itu hanya seperti seekor nyamuk tidak apalah kerana makhluk nyamuk itu kita nampak, tetapi adakah makhluk jin ini kita nampak??? Adakah perawat yang mendakwa mereka boleh nampak makhluk ini sememangnya dan sebenar-benarnya boleh nampak akan jin ini??? Maka cara yang paling elok kita gunakan adalah melalui perundingan atau jika makhluk ini tetap berdegil maka hantarkanlah sahaja makhluk ini ke penjara mereka sendiri iaitu Lautan Pauzanggi atau Pusat Tasik Pauzanggi yang berada di alam lautan yang dikuasai oleh Nabi Khidir a.s. Maka dengan izin Allah maka tiadalah berlaku penganiayaan kepada makhluk jin dan tidak menimbulkan persengketaan antara manusia dan jin itu sendiri. Sekadar perkongsian keilmuan untuk semua. InsyaAllah moga-moga dimanfaatkan dan mendapat keredhaan disisi-Nya....

Sunday, May 13, 2012

Khidmat Rawatan Santau Secara Menyeluruh


Santau dan kategorinya:
1) Santau bertuan ( ada Jin )
Santau bertuan bermaksud santau yang disertai dengan pemujaan jin, iblis dan syaitan. Biasanya santau ini mempunyai Jin Bersayap kategori Jin Angin yang menjaga santau yang dihantar terhadap mangsa santau.

2) Santau kosong ( tiada Jin )
Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan Jin dan syaitan menjaganya. Tetapi tetap dihantar secara ghaib atau diletakkan dalam makanan atau minuman oleh seseorang yang ingin menyantau orang lain.

Tanda-tanda terkena santau:

1.Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah serta keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca atau miang buluh
2.Lenguh seluruh anggota badan
3.Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk
4.Sakit dan sesak nafas terutama waktu maghrib
5.Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu ke tiga bulan atau lebih
6.Mimpi barang-barang seperti miang buluh dan ulat bulu
7.Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan duri
8.Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi
9.Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut
10.Mimpi berjumpa dengan ular dan binatang menakutkan
11.Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi
12.Mimpi jumpa Paderi Kristian, Sami Budha atau mimpi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.

Kesan-kesan santau :
1.Hilang daya ingatan
2.Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t
3.Kulit boleh merekah serta keluar air dan nanah
4.Mendapat penyakit kulit yang berlarutan dan tidak sembuh dengan ubat hospital
5.Tabiat akan menjadi berubah, jika seorang yang sabar jadi panas baran
6.Bulu di seluruh badan selalu gugur, badan boleh jadi licin tiada bulu
7.Badan menjadi sedikit bongkok kesan akibat batuk berpanjangan
8.Kelopak mata menjadi kehitaman akibat dari tidur yang sering terganggu
9.Terjadinya Kanser dan ketumbuhan
10.Jika pesakit hamil maka mungkin berlaku keguguran

Berjumpa dengan Syeikh Muhammad Solihen. InsyaAllah akan dapat membantu anda yang terkena santau. InsyaAllah.

Khidmat Memasang Pelaris Tingkat Tinggi


KHIDMAT MEMASANG PELARIS TINGKAT TINGGI
( BESERTA PENDINDING YANG AMPUH )
FIDYAH : RM2500

Dengan redha ilahi kami menyediakan khidmat memasang pelaris tingkat tinggi kepada pengusaha restoran dan kedai makan, peniaga yang mempunyai premis perniagaan yang tetap, pemilik hotel dan rumah penginapan serta mana-mana individu yang mempunyai premis perniagaan yang berminat untuk memajukan perniagaan secara usaha batiniah.InsyaAllah pelaris ini diproses menggunakan kaedah penarikan energi murni bumi serta pertapaan wali, pengisian ilmu pelaris usaha dan dagang yang sangat ampuh, solat hajat, tawassul kepada rasul-rasul, nabi-nabi dan waliyullah, zikir-zikir dan bacaan ayat suci Al-Quran. Barang-barang yang digunakan bersih dari unsur-unsur penggunaan jin, khadam dan sebarang makhluk halus serta bersih dari segi hukum syarak. Barang-barang ini juga telah ditapakan, diprogramkan dan dimasukkan kekuatan seperti yang dinyatakan di atas. Dengan izin Allah berkhasiat untuk :

1.PENGUNDANG PELANGGAN : Dengan izin Allah berupaya menarik sebanyak mana pelanggan yang anda niatkan untuk datang ke premis perniagaan anda.

2.PELARIS USAHA / NIAGA : Dengan izin Allah usaha anda lancar dan maju terus, malah dapat mematahkan niat jahat pesaing perniagaan.

3.PENARIK REZEKI : Dengan izin Allah rezeki mengalir deras secara tidak diduga, bebas dari kesusahan rezeki dan hutang dapat dilunaskan. Dapat juga mengekalkan kesatbilan kewangan dan keharmonian rumahtangga.

4.PENOLAK SIHIR DAN ENERGI NEGATIF : Dengan izin Allah, dapat menolak segala gangguan sihir, ilmu hitam dan sebarang gangguan energi negatif yang cuba merosakkan perniagaan anda. Malah dapat menghantar balik kembali kepada si penghantar tersebut. InsyaAllah.

5.PENJAGA PREMIS DAN PERNIAGAAN : Dengan izin Allah, dapat dijadikan ikhtiar untuk melindungi premis perniagaan anda dari sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kecurian dan sebagainya. Jika premis perniagaan anda dicerobohi maka tidak akan dapat keluar penceroboh tersebut dengan mudah. InsyaAllah.

Secara keseluruhannya pelaris yang dipasang mempunyai fungsi menarik rezeki dan melindungi perniagaan serta pemiliknya sekaligus dari sebarang kejadian yang tidak diingini. Sebarang kemusykilan dan maklumat lanjut sila Hubungi Syeikh Muhammad Solihen di talian 017-5959321. Terima kasih.

Khidmat Buang dan Putuskan Ikatan Saka


KHIDMAT BUANG SAKA
Dengan redha dan izin Allah kami menyediakan perkhidmatan buang saka untuk selama-lamanya InsyaAllah dengan izinnya. Tidak kira saka luar, saka dalam, saka keturunan atau saka adat kami akan buang dengan rahmat dan rahimnya, anda tidak akan menderita lagi oleh kerana gangguan saka InsyaAllah. Kami akan maklumkan untuk anda bagaimana proses ini akan dijalankan nanti. Kaedah yang kami lakukan 100% mengikut kaedah Islam InsyaAllah...
Barang-barang yang diperlukan :
1) -63 Kuntum Ros Merah
2) -63 Kuntum Ros Putih
3) -21 Genggam Garam Kasar
4) -21 Genggam Beras Kunyit ( Diembunkan dahulu semalaman )

5) -21 Ulas Bawang Merah
6) -21 Ulas Bawang Putih
7) - 3 Genggam Lada Putih
8) - 3 Genggam Lada Hitam
9) - 3 Ketul Kunyit Hidup
10) - 3 Sudu Serbuk Kayu Cendana
11) - 3 Biji Magnet
12) - 3 Urat Akar Pokok Cili Api
13) - 3 Helai Daun Sirih Bertemu Urat
14) - 3 Genggam Tanah Tempat Kelahiran
( Hanya diperlukan jika gangguan SAKA terlalu kuat ) Atau barang-barang di atas kami boleh sediakan untuk anda semua dengan kos RM300 SAHAJA. InsyaAllah rawatan boleh dibuat secara jarak jauh dan dekat. Sila hubungi Syeikh Muhammad Solihen untuk keterangan lanjut.