Sunday, June 24, 2012

BENARKAH JIN BOLEH DIPANCUNG ATAU DIBUNUH???


Persoalan ini sering bermain di fikiran perawat amatur dan pesakit yang menderita terkena gangguan saka atau sihir yang teruk. Mari kita bincangkan persoalan ini. Allah s.w.t menciptakan Jin dan Manusia itu berpasang-pasangan dan beranak pinak. Bermaksud Jin juga merupakan makhluk Allah yang mempunyai keturunan. Sama sahaja seperti keadaan dan lumrah hidup manusia. Jika sekiranya ada sanak saudara atau keluarga kita dibunuh, apakah tindakan kita kepada si pembunuh??? Lebih-lebih lagi jika melibatkan seseorang yang kita sayangi telah dibunuh oleh orang yang kita tidak kenal. Ketahuilah bahawa jin itu merupakan makhluk yang sangat pendendam. Nabi Muhammad s.a.w juga pernah bersabda bahawa perumpamaan sebaik-baik makhluk jin itu adalah sejahat-jahat manusia. Yakni bermaksud jin yang paling baik pun adalah sifat dan sikapnya manusia yang paling jahat di muka bumi ini. Berkait dengan persoalan jin ini boleh dibunuh atau tidak, jawapannya adalah boleh. Tetapi bergantung kepada kekuatan spiritual dan ghaib seseorang perawat itu sendiri. Ada juga golongan jin yang mempunyai tahap ilmu yang tinggi dan sakti boleh memecahkan diri dan rupa bentuk mereka sampai 9 pecahan. Sama dengan bilangan alam jin itu sendiri. Petua untuk mengetahui kekuatan spiritual perawat cukup mudah. Jika dilihat perawat merawat pesakit yang meracau dan dirasuk itu berkemampuan untuk membunuh jin maka dari awal-awal lagi jin itu tidak akan masuk ke dalam tubuh manusia yang terkena sihir atau gangguan saka kerana tahu dirinya akan binasa. Bayangkanlah jika pesakit yang dirasuki jin merasuk dan siap memaki hamun, meludah, menghina, menendang dan melawan perawat itu sendiri tanpa menunjukkan rasa takut pada perawat. Secara logik akalnya, adakah kekuatan spiritual dan kerohanian perawat ini mampu menangani masalah ini dengan sebaik-baiknya sedangkan jin ini langsung tidak takut kepada perawat dan banyak muslihatnya??? Jikalau boleh jin ini dibunuh sekalipun, persoalan yang harus kita fikirkan adalah, setelah proses pemancungan dan jin itu telah dibunuh. Tidakkah perbuatan ini akan menimbulkan persengketaan antara kita dan keluarga makhluk jin itu sendiri??? Jika makhluk jin itu hanya seperti seekor nyamuk tidak apalah kerana makhluk nyamuk itu kita nampak, tetapi adakah makhluk jin ini kita nampak??? Adakah perawat yang mendakwa mereka boleh nampak makhluk ini sememangnya dan sebenar-benarnya boleh nampak akan jin ini??? Maka cara yang paling elok kita gunakan adalah melalui perundingan atau jika makhluk ini tetap berdegil maka hantarkanlah sahaja makhluk ini ke penjara mereka sendiri iaitu Lautan Pauzanggi atau Pusat Tasik Pauzanggi yang berada di alam lautan yang dikuasai oleh Nabi Khidir a.s. Maka dengan izin Allah maka tiadalah berlaku penganiayaan kepada makhluk jin dan tidak menimbulkan persengketaan antara manusia dan jin itu sendiri. Sekadar perkongsian keilmuan untuk semua. InsyaAllah moga-moga dimanfaatkan dan mendapat keredhaan disisi-Nya....